Assalamualaikum ♥
Duduk sorang-sorang sementara nak tunggu kelas ni, tengok balik gambar-gambar masa pre-convo 5 bulan lepas.Dah lama.Ingat kan nak pre-convo sorang-sorang last jadi ramai pulak.Apa-apa pun best sangat.Happening.Tengah hujan renyai-renyai lomentik..hihihik.Gambar pun cantik.Memang dah plan nak pre convo nih.Gigih lah aku cari photographer.Ada sorang tu pre-convo ja kot nak amik sampai RM500++.Hamboi..kalau kita ni anak menteri kewangan tak kisah.Pejam mata ja keluar duit bagi dia.Dahtu pakej gambar unlimited-Frame.Itu ja.Ciss.
Last-last jumpa dengan sorang ni.Student UMT..heaven rasa hidup.huhu.Terus declare.Cis declare.hahaha.Pedulik.Tapi tau lah time tu Terengganu musim tengkujuh.Pagi petang malam hujan.Kadang lebat,kadang turun romentik ala snow gitu..verangan nak buat snow man tapi tak dapek lah.
so,a big thank you to official photographer
Please contact them if you need their service!
For booking call/whatapps 0199050556
![]() |
| Jubah pon gedabak.kahkahkahkah ! |
| kiri sekali nama nya Anis,Jannah,Yana,Syafa,Mira dan kecik comey tu..KAK anis. |
| nii baru separuh,lagi separuh tu ada hal. dari kiri : jannah,NAJWA LATIF,ayu,Kak anis,nayah,anis,mira,shafa. duduk dari kiri : nida,dayah,yana,farehah |
Moment paling best..photographer suruh duduk separuh.Riuh rendah budak-budak ni jerit-jerit lenguh.Sampai kan membe-membe belakang letak satu jari dekat bahu pon hangin.Berat sangat dah..
HAHAHAH..
Aku paling suka gambar ni..cantik tone gambar dia.Verangan jugak nak jadi macam photographer tuh.Apa-apa pun bahagia sangat hari tu.Kerenah kawan-kawan.Aku perasan ja aku agak emo ! hahaha sebab style aku memang tak boleh tercangak tunggu orang.Pastu termarah sikit,muka memang dah tak lalu nak tengok.Alhamdulillah dapat kawan yang sangat memahami.Betul lah orang cakap kan,masa belajar lah kenangan paling best.
Walaupun bergaduh riuh rendah,bak kata ayu cam orang kampung.Bila ingat balik alaa..apa lah sangat nak terasa hati bagai..last-last boleh salam cium2 pipi jugak.Terima kasih jugak kepada photographer yang sudi melayan perangai masing-masing terutama mira.HAHAHA.Gambar banyak lagi,memandangkan perut dah berdangdut ni maka setakat tu jea lah mampu aku tempek.Lepas ni siapa yang duduk area Terengganu nak hired photographer ni boleh lah call terus.Area Johor pon boleh.
Berbaloi dengan harga.Akhir kata,*hahaha poyo* semoga ukhwah kita berpanjangan tak kira dimana kita berada.
